Wednesday, March 16, 2011
BICARA KATA~
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara
Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata
Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita
Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna
Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti
Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...
Tuesday, March 15, 2011
insiden di bilik air!
untuk kau dan aku
today,i'll talk to you mcm kte dlu2..heheh..pakai kau aku..takpe kan kalau pakai aku kau..sebab bahasa itu mulia disisi-NYA. so, hari ni nak cakap sesuatu.. erm kita tak payahlah formal sangt..ehem ehem.. okay may i continue? strictly inform u first..this letter maybe sound demanding or whatsoever.. and u can call me rude or lurus bendul tapi inilah isi hati aku.. ;)
ape yg aku nk ckp ni kre nasihat untuk aku jugak coz aku rse kter akn lbih sweet begini..hehe not only me but u also must know too babeh..;)
- kalau nak manja-manja aku suka kau panggil nama penuh. kira hargai nama aku tu :)
- takperlulah nak tag manja-manja kat FB sebab nanti orang menyampah pulak.. kalau dorang takat menyampah saja-saja takpe buatnya dorang doakan hubungan kita tak kekal.. hah macam mana..
- so, apa nak borak tu biar private jela tak perlu tayang satu dunia.. i tahu u sayang i kan so keep it to us only
- boleh tak kalau kita bual macam member-member.. barulah rasa dekat.. i nak jadi kawan u juga kata girlfriend kan..
- i ada kawan.. so U pun sama.. masing-masing ada aktiviti tersendiri tak payah kepit 24 jam.. nanti u cepat rimas, I juga bosan kan susah tu..
- eih apasal I U ni.. tak pe lah halal jela janji U paham isi hati I then nnati I akan belajar paham U
- jangan bawa aku ke rumah berjumpa keluarga kecuali bila kau setuju nak bincang hal nikah
- aku tak nak rampas life kau selama bertahun-tahun ni.. mana-mana kawan kau kekal kawan kau.. dan aku juga ada life aku cuma ingat border kita.. kita kan couple yang sweet gitu.. hahaha
- pasal duit pulak toksah lah nak kira.. aku cukup menyampah bab ni.. kalau keluar kita kena tong tong bayar.. kalau kau ada ego tak nak aku bayar, kau kena ingat aku ni juga bukan kaki kikis.. bagi aku bullshit je laki kena bayar semua masa keluar.. persyaitankan semua itu sebab kau BF aku bukan tukang sign duit kat bank negara
- aku tak menyekat kau nak kawan dengan siapa kat laman sosial jadi jangan sesekali kau nak jeles tak tentu pasal si die borak dengan member sekolah lama..
- aku jenis yang memang slumber dengan kawan-kawan jadi jangan minta aku ubah diri..ingat rules terima aku seadanya tadi.. btw kalau kau takleh terima aku apasal kau nak pulak couple dengan aku..
- aku juga suka makan banyak.. kalau kita keluar nanti sila pastikan perut kau kosong.. sebab aku suka tengok kau makan banyak-banyak dari aku..
- penampilan diri.. maaf ye aku jenis pakai apa aku selesa.. dan aku memang automatik akan suka apa je kau pakai..
- kalau kau nak curang.. bagitahu awal-awal.. tak payah bazir masa aku.. dan sila pastikan kau luang kan beberapa minggu dengar aku menangis bebel macam mana hati aku hancur kau buat and selama lepas setengah tahun lepas kita putus gigihkan diri hari-hari berdoa aku lupakan kau
- aku perasan kalau sehari asyik texting takde komitmen lain.. jadi kita limitkan sehari seringgit lebih jela kredit habis.. jimat pun jimat nanti boleh pupuk sayang.. haktuihhhh :P hahahaha...
- sila jeles setakat mana yang mampu dan aku akan buat begitu juga konon cemburu itu sayang kan..hehe
- pastikan kau ada ruangan untuk simpan barang-barang bakal aku bagi.. jangan risau aku tak bazir beli hadiah cuma hand made je khas untuk tunjuk hati aku ikhlas..
- please galakkan aku rajin study, itu fungsi utama kau .. jadi motivater bukannya perosak aku untuk capai cita-cita
- jangan janji sebarangan kalau kau tak pasti mampu tunaikan sebab itu cuma menambah harapan dan kalau aku kecewa nanti aku akan lagi meragui perasaan kau
- tetaplah syarat apa pun untuk aku, kalau tak langgar syarak dan itu demi kelangsungan hubungan ini akan aku turuti.
ANDAINYA AWAK TAHU.. :)
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.